Wednesday, 17 October 2018

Masyarakat Kaum Melayu (Original B)

PENGENALAN MASYARAKAT KAUM MELAYU

 Orang melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal tanah melayu.
 Orang melayu datang dari indo-china atau yunan lebih 3500 tahun dahulu
 Penduduk melayu di tanah melayu amnya menganut agama islam
 Kaum melayu juga merupakan kaum terbesar di malaysia
 Kebiasaannya masyarakat kaum melayu berasal dari
Perkampungan
 Antara aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat kaum melayu adalah pertanian, perternakan, nelayan, dan sebagainya
 Etnik ini juga berasal dari berbagai-bagai keturunan, iaitu melayu porto (melayu purba atau melayu asli), melayu duetero (melayu lama), dan melayu moden (datang dari timur tengah, india, cina, serta eropah)
 Pelbagai keturunan ini berkemungkinan menjadi orang pertama serta orang jati asia tenggara yang bercampur dengan penduduk tempatan
 Masyarakat kaum melayu di malaysia wujud hasil daripada percampuran antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu negrito, austro-asiatic dan austronesia dengan pengaruh daripada bangsa- bangsa dari luar asia tenggara.
 Pada abad ke -14 hingga ke-16, terdapat banyak orang melayu datang dari sulawesi dan sumatra.

1.2 BUDAYA MASYARAKAT KAUM MELAYU

 PAKAIAN TRADISIONAL
Masyarakat melayu di malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisiaonal ysng telah pun dipakai sebelum kesultanan melayu melaka lagi. Semua pakaian ini masih mengekalkan ciri-ciri keaslianya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti arab, cina dan india serta dari kepulauan indonesia. Berikut adalah senarai pakaian tradisional masyarakat kaum melayu di malaysia:
1. Baju kurung 3. Baju melayu
2. Baju kebaya

 ALAT MUZIK TRADISIONAL
Merupakan warisan budaya bagi setiap kaum di malaysia. Pada zaman dahulu, alat muzik tradisional memainkan peranan sebagai alat penyebaran maklumat, alat ritual dan alat hiburan. Alat muzik boleh dibahagikan kepada 5 kategori iaitu:

1. Kordofon
2. Membranofon
3. Erofon
4. Idiofon

 MAKANAN TRADISI
Makanan tradisi masyarakat melayu di malaysia antaranya adalah :

1. Nasi lemak
2. Sate
3. Dodol

 TEATER TRADISIONAL

Keseniaan teater tradisional merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat melayu di malaysia.

1. Wayang kulit
2. Mak yong
3. Mek mulung

 TARIAN TRADISIONAL
1. Kuda kepang
2. Zapin

1.3 JENIS KUMPULAN MASYARAKAT KAUM MELAYU

1. ANAK JATI

ANAK JATI IALAH SATU ISTILAH YANG MERUJUK KEPADA SEKUMPULAN ORANG MELAYU YANG MERUPAKAN PENDUDUK PRIBUMI MALAYSIA. KUMPULAN INI MERANGKUMI SUKU-SUKU PRIBUMI SEPERTI :

1.1 ORANG MELAYU KELANTAN
1.2 ORANG MELAYU JOHOR

2. ANAK DAGANG

ANAK DAGANG IALAH SATU ISTILAH YANG MERUJUK KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA YANG MANA NENEK MOYANG MEREKA BERASAL DARI KEPULAUAN INDONESIA DAN SELATAN THAILAND SERTA LAIN- LAIN. MEREKA BERASAL DARIPADA RUMPUN BANGSA AUSTRONESIA YANG TERDIRI DARIPADA BERPULUH-PULUH YANG BERBEZA IAITU :

2.1 ACEH
2.2 BUGIS
2.3 JAWA
2.4 MELAYU SUMATRA
2.4.1 MELAYU RIAU

3. PERANAKAN
PERANAKAN IALAH SATU ISTILAH YANG MERUJUK KEPADA SEKUMPULAN ORANG MELAYU DI MALAYSIA YANG WUJUD HASIL DARIPADA PERKAHWINAN CAMPUR DARIPADA ORANG MELAYU (ANAK JATI ATAU ANAK DAGANG) DENGAN BANGSA-BANGSA ASING DARI LUAR ASIA TENGGARA. MEREKA IALAH :

3.1 PERANAKAN CINA
3.2 JAWI PERANAKAN / PERANAKAN KLING
3.3 SAMSAM

4. ORANG ASLI
4.1 SEMANG
4.2 SENOI

1.4 ANAK JATI

1.4.1 ORANG MELAYU KELANTAN KELANTAN BERGABUNG KE DALAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU PADA 1 FEBRUARI 1948, DAN MENDAPAT KEMERDEKAAN SAMA DENGAN NEGERI-NEGERI LAIN PADA 31 OGOS 1957. PADA 16 SEPTEMBER 1963, KELANTAN SECARA RASMINYA MENJADI SALAH SATU NEGERI DALAM MALAYSIA.

 Keturunan asal iaitu dari Raja Ku Umar yang kemudian memeluk agama Islam dengan bergelar Sultan Iskandar Shah. Dari titihan ini lahirnya Cik Siti Wan Kembang. Keturunan Raja Jembal yang berasal dari anak angkat Raja Bersiong dari Kedah setelah dihalau oleh saudaranya. Keturunan ini memakai gelaran Raja dipangkal nama. Puteri Saadong adalah dari susur-galur Raja Jembal. Keturunan Datu Patani yang yang asalnya adalah "gabenor" yang dilantik oleh pemerintah pusat Patani bagi mewakili pemerintahannya mengantikan kesultanan Raja Jembal. Titihan ini mula memerintah Kelantan dengan perlantikan atau serah kuasa oleh Raja Kecil Sulung yang juga merupakan kakak kepada Raja Pah anak kepada Raja Omar adik kepada Raja Loyor kepada Long Bahar anak Raja Patani yang bergelar Datuk Pengkalan Tua.

1.4.2 ORANG MELAYU JOHOR

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bintan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah, Melaka pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu serta Kabupaten Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera. Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

1.5 ANAK DAGANG

1.5.1 ACEH
Orang Aceh ialah nama sebuah kaum yang berasal daripada hujung utara Pulau Sumatra iaitu provinsi Aceh, Indonesia. Mereka beragama Islam, Orang Aceh mempunyai beberapa nama lain seperti Lam Muri, Lambri, Akhir, Achin, Asji, A-tse dan Atse. Bahasa asal yang dipertuturkan oleh mereka adalah Bahasa Aceh, bahasa ini memiliki hubungan dengan Rumpun Bahasa Melayu-Polenesia Barat, Seperti Bahasa Cham, iaitu suatu bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat Melayu Cham di Kemboja dan Vietnam. Orang Aceh sebenarnya adalah keturunan dari berbagai suku, kaum, dan bangsa yang menetap di tanah Aceh. Pengikatan perpaduan budaya tribal Aceh terutama dalam bahasa Aceh, agama dan kebiasaan. Mengikut anggaran Biro Pusat Perangkaan Kerajaan Indonesia tahun 2010, bilangan suku Aceh mencapai 3,526,000 yang kebanyakannya tinggal di Provinsi Aceh, Indonesia. Sebagai tambahan kepada Indonesia, terdapat juga sejumlah besar minoriti diaspora Aceh di Malaysia, Australia , Singapura, Jerman, Kanada, Amerika Syarikat, Eropah, Arab Saudi, Paraguay dan negara-negara Skandinavia. Orang Aceh pada zaman pra-modern hidup dengan matrilok dan komuniti. Mereka tinggal di penempatan yang dipanggil gampong. Perikatan gampong terbentuk mukim. Masa keemasan budaya Aceh dimulai pada abad ke-16, bersama dengan kejayaan Kesultanan Aceh Darussalam, dan kemudian mencapai puncaknya pada abad ke-17. Orang Aceh biasanya dikenali sebagai pemegang amanah ajaran Islam, dan juga sebagai pejuang militan terhadap penaklukan penjajah Portugis dan Belanda.

1.5.2 BUGIS
 Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatera, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka adalah pedagang rempah-rempah dan kemenyan. Sebagai pengetahuan am bertulis yang dikawal oleh british bahawasanya, etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni (digelar dengan teknik propaganda yang berjaya oleh pesaing seperti Belanda dan inggeris.) dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.

1.5.3 JAWA
Penghijrahan beramai-ramai akibat daripada dasar transmigrasi Belanda, iaitu perpindahan penduduk daripada Pulau Jawa. Kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja di ladang-ladang kopi, getah dan di kawasan tanah yang baru di buka. Dianggarkan pada tahun 1930 terdapat 170,000 orang Jawa di Singapura. Tanah Melayu kebanyakan orang Jawa terdapat di Johor (Muar, Batu, Pahat dan Pontian), Selangor (Kelang, Kuala Selangor, Kuala Langat), dan Perak (Hilir Perak, Krian, Parit Buntar).

1.5.4 MELAYU SUMATERA

1.5.4.1 MELAYU- RIAU
 Ras Melayu datang pertama kali ke daerah Riau sekitar tahun 2.500 SM. Mereka datang dari daratan Asia bagian tengah dan menyeberang dari Semenanjung Malaysia. Gelombang kedatangan kedua terjadi pada tahun 1.500 SM, dan gelombang kedatangan ketiga sekitar tahun 300 SM. Suku bangsa Melayu di daerah Riau adalah salah satu keturunan para migran dari daratan Asia tersebut. Dalam sejarah kebudayaannya mereka juga telah mengalami beberapa pengaruh peradaban, seperti Hindu, Islam, dan juga peradaban Cina dan Barat (Belanda, Inggris dan Portugis). Pada abad-abad yang dulu mereka sempat mempunyai beberapa kerajaan, seperti Kesultanan Bintan atau Tumasik, Kandis atau Kuantan, Gasib atau Siak, Kriteng atau Inderagin, Lingga, Malaka, Rokan, Siak Sri Inderapura, Kampar, Pelalawan dan Singingi. Pada masa sekarang populasi mereka diperkirakan berjumlah sekitar 1 juta jiwa, tersebar terutama di Provinsi Riau maupun kepulauannya dan disekitar daerah aliran sungai-sungai besar di daratan Sumatera bahagian Timur.

1.6 MELAYU KACUKAN

1.6.1 PERANAKAN CINA Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja.

1.6.2 JAWI PERANAKAN / PERANAKAN KLING Jawi Peranakan merupakan masyarakat kacukan India-Melayu. Masyarakat ini terbentuk di zaman Malaya British apabila saudagar India berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Masyarakat ini dikenali kerana status dan kekayaannya, selain kerana menerbitkan akhbar bahasa Melayu pertama, Jawi Peranakan. Bagaimanapun, tidak banyak keturunan masyarakat ini yang tinggal hari ini di Malaysia dan Singapura. Kebanyakannya telah berasimilasi dengan bangsa Melayu dan dikenali kini sebagai Melayu.

1.6.3 SAMSAM

 Orang Melayu Thai (Bahasa Thai: ไทยเชื้อสายมลายู) adalah sebuah istilah digunakan untuk rujukan pada etnik Melayu di Thailand. Thailand didiami oleh penduduk etnik Melayu yang ketiga besar selepas Malaysia dan Indonesia. Kebanyakan orang Melayu tertumpu di provinsi-provinsi Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun. Etnik Melayu di Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla oleh kerana perbezaan budaya daripada orang Thai dan juga pengalaman masa dahulu dalam cubaan secara paksa untuk mengasimilasikan mereka ke dalam budaya arus perdana Thai selepas penambahan Kerajaan Pattani oleh Kerajaan Sukhothai. Pada tangan yang lain, etnik Melayu di Satun adalah kurang mencondong terhadap faham pemisahan. Etnik Melayu di Satun adalah lebih fasih dalam bahasa Thai dibandingkan dengan orang Melayu dari negeri-negeri lain, dan loghat mereka mempunyai daya tarik yang kuat dengan yang dari Perlis. Orang yang berketurunan campuran Thai dan Melayu digelar Samsam, yang membentuk sebahagian besar daripada penduduk Satun tetapi juga mempunyai suatu minoriti besar di Phatthalung, Trang, Krabi, Phang Nga dan Songkhla dan juga negeri Kedah, Perak dan Perlis di Malaysia. Orang Samsam pada umumnya penganut agama Islam tetapi secara budaya Thai, walaupun pengaruh Melayu adalah berpengaruh sama. Phuket dan Ranong iaitu tempat tinggal bagi penduduk Muslim yang agak banyak juga mempunyai banyak orang yang berketurunan Melayu Sebuah masyarakat yang agak banyak juga muncul di Bangkok sendiri, dengan yang berketurunan pendatang atau banduan yang diletakkan semula dari selatan dari abad ke-13 sehinggalah sekarang. PAKAIAN TRADISIONAL

1.7 ORANG ASLI

1.7.1 SEMANG Orang Negrito atau Orang Semang merupakan penduduk yang paling awal di Kepulauan Melayu dan merupakan salah satu kaum Orang Asli di Malaysia. Mereka dipercayai hadir di rantau nusantara sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek. Di Kedah dan Perak, mereka dikenali sebagai orang-orang Semang dan di Kelantan sebagai orang-orang Pangan. Orang-orang Negrito mempunyai tubuh badan yang kecil dan berambut kerinting.

Orang-orang Negrito juga terdapat di Filipina, dan Australia. Orang-orang Negrito yang terdapat di Filipina dikenali sebagai Aetas, dan mereka yang terdapat di Australia dikenali sebagai Orang Hitam. Orang Negrito juga menggemari lemang, sama seperti suku Semai. Orang Negrito merupakan beberapa kelas kelompok etnik yang mendiami bahagian terpencil di Asia Tenggara. Populasi masa kini mereka termasuk 12 kaum Andamanese di Kepulauan Andaman, enam suku Semang di Malaysia, orang Mani di Thailand, orang Aeta, orang Ati, dan 30 suku kaum etnik Filipina. Laporan dari pedagang British turut mengatakan mengenai orang negrito di Borneo (Sarawak). (Journal of the Malayan Branch Royal Asiatic Society, Vol. XXIX, part 1, 1956) Orang Negrito merupakan populasi manusia yang paling berbeza dari segi genetik berbanding Afrika pada kebanyakan Locus/loci yang dikaji sehingga kini, kecuali bagi MC1R, yang merupakan kod bagi kulit gelap). Mereka juga telah dibuktikan sebagai berpisah awal dari orang Asia, mencadangkan bahawa mereka sama ada yang terselamat dari keturunan penduduk awal migrasi dari Afrika, biasanya dikenali sebagai Proto-Australoid, atau mereka merupakan keturunan dari populasi pengasas manusia moden.

1.7.2 SENOI

 Orang-orang Senoi di Malaysia, mendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman Negeri Perak, Kelantan dan Pahang, dan merupakan salah satu kaum Orang Asli di Malaysia. Terdapat 6 suku kaum di dalam rumpun bangsa Senoi iaitu Che Wong, Mahmeri, Jah Hut, Semoq Beri, Semai dan Temiar. Orang-orang Senoi merupakan orang pemburu dan pengumpul yang dilaporkan menggunakan mimpi jelas bagi memastikan mereka kekal gembira dan kesihatan mental.

Lapuran kajian lapangan yang dilakukan oleh Kilton Stewart sebelum Perang Dunia II dan diterbitkan pada awal 1950-an. Parapsykhologi Charles Tart dan pedagogi George Burr Leonard kemudian menonjolkan gambaran Stewart melalui buku dan pusat rehat Institute Esalen. Penyelidik terkemudian tidak dapat mengesahkan kajian Stewart. Pada 1985 G. William Domhoff mengatakan bahawa dalam The Mystique of Dreams bahawa anthropologist yang bekerja dengan penduduk Temiar/Senoi melaporkan bahawa mereka biasa dengan konsep mimpi jelas (lucid dreaming) dan ia tidak terlalu penting bagi mereka. PAKAIAN TRADISIONAL

1.8 PENUTUP/ KESIMPULAN

Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing dan sehingga kini negara telah mengecapi kemerdekaan hampir mencecah 52 tahun. Penjajahan dan pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan implikasi kepada negara secara tidak langsung. Termasuklah mempengaruhi populasi rakyat Malaysia sehingga kini. Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai semakin ketara di zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi orang-orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar. Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi kesan yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini. Populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak.

Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.

MENGENALI BUDAYA RAKYAT melayu jawa, JOHOR DAN KELANTAN (oRIGINAL)


Mengenali Budaya Rakyat Malaysia

Berlatar belakang zaman silam yang menarik sekaligus sebahagian daripada laluan rempah antarabangsa ratusan tahun dahulu, menjadikan sebuah negara pelbagai budaya. Keunikan masyarakat serta seni binanya memaparkan warisan budaya yang pelbagai pengaruh. Untuk memahami budaya masing-masing.Rakyat berbangsa melayu. dan banyak lagi.Kumpulan etnik lain telah hidup bersama-sama di dalam sesebuah negara secara harmoni sejak bergenerasi lamanya. Semua budaya ini telah mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan suatu budaya yang unik.Kumpulan etnik terbesar di negara Malaysia adalah Melayu, ada juga Melayu Jawa pada ketika dahulu dan Melayu Kelantan.Terdapat pelbagai kumpulan etnik bumiputera dengan budaya dan warisan unik mereka tersendiri. 

Image result for melayu jawa   Image result for melayu kelantan
          Melayu Jawa          Melayu Kelantan


     Sejarah Budaya Kaum Melayu Johor


Johor ialah sebuah negeri berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Kaum yang utama di Johor antara satu-satunya ialah Melayu.Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk separuh daripada penduduk Malaysia.Melayu adalah satu kaum yang beragama islam,      berbahasa melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum melayu mempunyai pengaruh yang          penting dalam arena politik di Malaysia.

   Image result for melayu johor
                        Melayu Johor


   

Muzik yang merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh orang Jawa. Antaranya  kebanyakkan alatan muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thailand, India dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat dan barangan kraf seperti batik, sulaman dan barangan perak dan tembaga.
Image result for gendang Image result for seruling Image result for gong melayu
     Gendang                                            Seruling                                     Gong

  Image result for wayang kulit Image result for silat Image result for kraftangan batik
           Wayang Kulit                                 Silat                                        Kraftangan Batik


 Seperti rakyatnya, makanan utamanya adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih.Masakan dapat mencerminkan solekan pelbagai etnik penduduknya dan ditakrif oleh kepelbagaian. Banyak budaya yang lain dan kawasan sekitarnya telah banyak mempengaruhi masakan masing-masing, dengan pengaruh yang kuat dari masakan kaum-kaum. Kebanyakannya adalah kerana  menjadi sebahagian daripada laluan rempah kuno. Masakan ini sangat mirip dengan Singapura dan Brunei dan juga mempunyai pelbagai hidangan dan selalunya makanan akan berbeza dari hidangan asal. 

Image result for nasi lemak Image result for kuih muih Image result for makanan tradisional melayu
























   Seni tradisi kaum Melayu terutamanya tertumpu pada kraf ukiran, tenunan, dan perak. Kesenian tradisional terdiri daripada keranjang tangan hingga ukiran kayu Melayu. Selain itu,kesenian kaum melayu juga adalah ukiran pada keris.Tembikar sayung (labu tanah),dan anyaman kelarai. 

    Image result for ukiran melayu kayu   Image result for ukiran keris Image result for tembikar sayung
     Ukiran Kayu                                    Ukiran Keris                        Labu Sayong

Seni bina di Malaysia adalah gabungan pelbagai gaya, dari gaya Islam dan Cina kepada yang dibawa oleh penjajah Eropah. Seni bina Melayu telah berubah disebabkan oleh pengaruh-pengaruh ini. Rumah-rumah di utara adalah sama seperti di Thailand, manakala di selatan adalah sama seperti di Jawa.

 Image result for seni bina melayu Image result for seni bina melayu
        Seni Bina Istana Melaka          Seni Bina Masjid Putrajaya

 Pada 2013 kebanyakan wanita Melayu sudah berjinak-jinak untuk memakai tudung. Penggunaan tudung ini tidak biasa sebelum revolusi Iran 1979, dan tempat-tempat yang mempunyai wanita yang memakai tudung. Penggunaan tudung semakin meningkat selepas tahun 1970-an. Ketika konservatisme agama di kalangan orang Melayu di Malaysia dan Singapura meningkat.
 Beberapa ulama dan tokoh agama Kelantan pada 1960 an percaya bahawa hijab bukan satu mandatori. Menjelang 2015 ulama Malaysia percaya pandangan sebelum ini tidak bercirikan Islam.

 Pada tahun sama, MASING-MASING mempunyai industRI fesyen berkaItan tudung. Masyarakat Melayu mempunyai reaksi negatiF terhadap wanita Muslim yang tidak memakai tudung.



Image result for NEELOFAImage result for NEELOFA 

Sejarah Kaum Melayu Jawa

Kaum melayu jawa ialah, kebanyakannya daripada Indonesia begitu juga dengan mereka yang telah menetap di Indonesia. Antaranya berasal dari pulau jawa yang khususnya menghuni di jawa tengah Yogyakarta serta jawa timur tetapi di sekitar jawa barat, banten dan tentu sahaja di Kawasan sekitar Jakarta.

 Selain itu, sebahagian besar bangsa jawa menuturkan Bahasa jawa sebagai Bahasa percakapan harian. Sebuah tinjauan pendapat yang dijalankan oleh majalah tempo pada awal dekad 1990-an       menunjukkan bahawa hanya sekitar 12% orang-orang jawa menggunakan Bahasa Indonesia sebagai Bahasa pertuturan harian. Sekita 18% menggunakan campuran Bahasa jawa dan Bahasa Indonesia, dengan yang lain menuturkan Bahasa jawa sebagai Bahasa utama mereka.

keturunan-keturunan masyarakat jawa nerpendapat bahawa Bahasa jawa adalah Bahasa yang sangat sopan dan khusunya bagi orang-orang yang lebih tua. Untuk menghargai orang-orang yang menuturkan Bahasa mereka. Bahasa jawa sangat mempunyai erti yang banyak.

 bagi kepercayaan, sebahagian besar orang jawa menganuti agama islam. Sebilangan kecil menganuti agama Kristian, prostetan dan katolik. Termasuknya di kawasan luar bandar dengan menganut agama buddha dan hindu juga ditemukan dalam kalangan masyarakat jawa. Terdapat juga agama kepercayaan jawa yang disebut sebagai agama kejawen. Kepercayaan ini pada dasarnya, kepercayaan animisme dengan pengaruh agama hindu-buddha yang kuat.    masyarakat jawa terkenal kerana sifat asimilasi kepercayaanya dengan semua budaya luar diserap dan ditafsir mengikut nilai-nilai jawa sehingga kepercayaan seseorang kadang kalanya menjadi kabur.  

pekerjaan orang jawa, biasanya ditemukan dalm semua bidang. Khususnya dalam perkhidmatan awam dan tentera. Secara tradisi, kebanyakannya orang jawa adalah petani. Ini disebabkan oleh tanah gunung berapi yang subur di jawa. Walaupun terdapat juga banyak usahawan indonesia yang berjaya yang berasal dari jawa tidak begitu menonjol dalam bidang perniagaan dan perindustrian.

  masyarakat jawa juga terkenal kerana pembahagian golongan sosialnya. Pada dekad 1960-an, calliford Geertz iaitu pakar antropologi amerika syarikat yang ternama, membahagikan masyarakat jawa kepada tiga buah kelompok iaitu daripada kaum santri, kaum abangan dan kaum priyayi.

 menurut beliau, kaum santri adalah penganut islam. Manakala kaum abangan adalah penganut islam pada nama sahaja atau pengAnut kewajen., dengan kaum priyayi merupakan kaum bangsawan. Tetapi kesimpulan Geertz ini banyak ditentang kerana ia mencampurkan golongan sosial dengan golongan kepercayaan. Pengelasan sosialnya juga dicamari oleh penggolongan kaum-kaum lain. 


           KAUM SANTRI                      

Image result for kaum santri 
           Di Pulau Jawa, mungkin perayaan yang paling penting adalah perayaan Lebaran yang diadakan oleh kaum Muslimin pada tanggal 1 Syawal menurut KALENDER Islam untuk merayakan akhir bulan puasa, IAITU bulan Ramadan. Selama bulan Ramadan, dari waktu matahari terbit sampai matahari terbenam, kaum Muslimin berpuasa, Iaitu mereka tidak makan, minum, atau merokok. Untuk merayakan akhir puasa kaum Muslimin mengadakan perayaan Lebaran.    pada PAGI hari Lebaran kaum Muslimin berkumpul di LAPANGAN ATAU DI ALUN-ALUN untuk bersembahyang. Sesudah bersembahyang mereka pulang. Lebaran adalah waktu yang bahagia untuk orang yang beragama Islam. BAGI PEREMPUAN menyediakan makanan yang istimewa dan kebanyakan orang mengenakan pakaian yang baru dan bagus. Yang muda pergi mengunjungi yang tua untuk minta maaf dan MENGAMBIL  berkat. Kunjung-mengunjungi ini kadang-kadang berlangsung seminggu. Ucapan yang sering dapat kita dengar pada waktu Lebaran adalah "Selamat Hari Raya. Maaf Zahir&Batin".   
  
KAUM PRIYAYI (BANGSAWAN)

Image result for kaum priyayi

        KAUM ABANGAN  
Image result for kaum abangan
                                                                                                                                                                      


Image result for solat hari raya  Image result for kunjung mengunjung
        Solat di Hari Raya Aidilfitri                   Amalan mengunjung rumah-rumah


Tarian tradisional jawa bernama Tari Gandrung Banyuwangi berasal dari Banyuwangi, kata gandrung melambangkan panggilan Dewi Sri, dimana pada zaman itu Dewi Sri dianggap Dewi Padi yang dapat memberi kesuburan dan kesejahteraan bagi masyarakat.

 Cerita itu menjadi cerita rakyat yang dibawa secara turun-temurun. Hingga akhirnya terciptalah Tari Gandrung Banyuwangi, saat itu masyarakat yang menikmatinya akan memberi beberapa barang seperti beras, pangan atau barang lainnya sebagai imbalan.

 Kostum yang digunakan adalah baju dari beludru, beserta atributnya. Di bagian kepala, menggunakan mahkota bernama omprok, untuk bagian kakinya menggunakan samping batik. Dan musik pengiringnya adalah kempul atau gong.

Image result for tari gandrung banyuwangi
       Tari Gandrung Banyuwangi

Jika di Jawa Barat ada tari topeng, di Jawa Timur pun sama. Kota Malang adalah asalnya lahir Tari Wayang Topeng, tidak dirisaukan lagi mengapa disebut tari wayang topeng, hal ini karena penari menggunakan pakaian seperti wayang kulit. Dulunya tari wayang topeng diadakan hanya sebagai pertunjukan ritual saja. Topeng disini dilambangkan sebagai rasa ESPIRASI pada wajah nenek moyang. Dimana saat itu topeng memiliki arti menghargai roh leluhur. Tidak PEDULI, bila tarian ini sedikit bersuasana mistik.Sejarah singkatnya tari wayang topeng digunakan saat agama Islam memasuki wilayah Jawa, dan tarian ini dijadikan salah satu trik untuk merebut hati orang Jawa yang saat itu agama Hindu masih kental.Musik pengiring yang digunakan adalah bonang, gong, gamelan dan kendang.


TARI WAJAH TOPENG

Image result for tari WAJAH TOPENG


ANTARA MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT JAWA IALAH, KAREDOK, LADU, DAN LAIN-LAIN. KADANG-KALA MAKANAN JAWA INI MEMPUNYAI RESEPI-RESEPI DARIPADA NENEK MOYANG MASING-MASING. IA JUGA MEMPUNYAI RESEPI YANG TERSENDIRI.
 MAKANAN KEREDOK ATAU KEREDOK ADALAH JUGA MERUPAKAN MAKANAN KHAS DAERAH DI INDONESIA ASAL JAWA BARAT. MAKANAN KAREDOK INI DIBUAT DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN DIANTARANYA TIMUN, TAUGE, KOL, KACANG PANJANG, DAUN KEMANGI, DAN TERONG. SEDANGKAN UNTUK BAHAN SOSNYA, DIBUAT DARI BAHAN CILI MERAH, BAWANG PUTIH, KENCUR, KACANG TANAH, AIR ASAM, GULA JAWA, GARAM.
 BAGI MAKANAN LADU ADALAH MAKANAN ATAU JAJANAN YANG MERUPAKAN SUATU PENGANAN YANG TERBUAT DARI KETAN. MAKANAN TRADISIONAL INI BERASAL DARI DAERAH MALANGBONG, GARUT, JAWA BARAT. UNTUK PEMBUATAN LADU, BAHAN DASARNYA TERBUAT DARI TEPUNG KETAN PUTIH SANGRAI, GULA PUTIH, GULA MERAH SERTA KELAPA YANG TELAH DIPARUT.

Image result for makanan karedok
               Karedok

Image result for makanan ladu
             Ladu

Sejarah kaum Melayu Kelantan

Nama ‘Kelantan’ dikatakan berasal daripada perkataan ‘gelam hutam’  yang telah diubahsuai iaitu nama melayu bagi pokok melaleuca leucadendron.  ada juga mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan ‘kilatan’ atau ‘kolam tanah’.

 Kelantan Darul Naim sebutan tempatan atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di malaysia yang kaya dengan sumber asli tempatan.

Selain itu, negeri Kelantan juga dikenali dengan nama tanah serendah sekebun bunga, tanjung pura, negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.

Bagi Kelantan mereka terkenal dengan pelbagai jenis makanan. antaranya ialah, kuih tahi itik, keropok lekor, nasi dagang dan macam macam lagi. mereka punya makanan juga terdapat di negeri-negeri lain.
 ini disebabkan mereka membuat resepi masing-masing untuk mendapatkan kelainan daripada yang berada di kelantan.
 bagi tarian tradisional kelantan, iaitu wayang kulit gedek yang terkenal di negeri kedah dan perlis juga dikatakan pernah bertapak di negeri kelantan. pada masa kini, kerajaan kelantan mengharamkan persembahan wayang kulit gedek ini.
 namun begitu, kerajaan kelantan telah menapis permainan atau hiburan yang boleh memesongkan akidah mengikut syarak yang ditetapkan oleh agama. dan salah satu budaya yang tersohor yang gemar dimaiinkan oleh masyarakat kelantan ialah dikir barat di mana budaya atau hiburan ini telah tersebar ke seluruh negara dan institusi pengajian tinggi.


Image result for kuih taik itik 
   Kuih Tahik Itik


Image result for Nasi Dagang
        Nasi Dagang


    Wayang Kulit Gedek

Image result for wayang kulit gedek


Dikir Barat

Image result for dikir barat


NEGERI KELANTAN SEMEMANGNYA TERKENAL DENGAN KEKAYAAN SENI WARISAN TRADISI DAN BUDAYA MELAYU LAMA YANG MENJADI IDENTITI DAN KEBANGGAAN BANGSA MELAYU HINGGA KE PELUSUK DUNIA. TIDAK KETINGGALAN JUGA SENI PEMAKAIAN BANGSA KITA, YANG MENJADI TUNJANG DAN PENCERMINAN BANGSA, AGAMA, DAN NEGARA.Namun, dengan pemakaian semutar yang dahulunya dapat dilihat dimana sahaja terutamanya di negeri-negeri pantai timur khususnya di negeri Kelantan. Kini pemakaian semutar amat jarang dan sukar dilihat. Semutar bermaksud pakaian kepala atau kain ikat pengikat kepala kaum lelaki bagi masyarakat.

 tetapi Kelantan atau lebih jelas ia merupakan pakaian lilit kepala bagi golongan bawahan atau rakyat biasa yang tinggal di kampung.

Image result for semutar
   Semutar


Dengan latar belakang sejarah yang agak Panjang ini telah menjadikan seni bina rumah melayu Kelantan antara negeri yang mempunyai bentuk rumah unik dan tersendiri.
 ia bukanlah bermakna milik satu negeri berseorangan malah keunikan rumah ini turut dikongsi bersama negeri melayu patani dan juga beberapa daerah sempadan di negeri Terengganu  

Keunikan Rumah di Kelantan 

Image result for keunikan rumah di kelantan
Rumah di Kelantan

KESIMPULAN


Dari aspek budaya, wujud kebudayaan nasional yang menjadi asas perkongsian semua etnik tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah. Kebudayaan nasional menjadi asas kepada pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpaduan etnik. 
 Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. 
  sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.
  meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020.