Thursday, 3 April 2014

Rahsia Kejayaan

Assalamualaikum bloggers,arini Fikri nak kongsi ceritalah tentang isu-isu faktor cara untuk berjaya dalam hidup,
korang tau tak,banyak langkah yang perlu diambil untuk mencapai kejayaan,antara langkah-langkahnya ialah

1.Jangan Bercinta Di Sekolah
   Korang tau tak,kalau kita bercinta,banyak perasaan yang akan datang,seperti Gembira,Sedih,Marah,dan sebagainya.Kalau kita bercinta semase sekolah,banyak masa yang kita akan bazirkan untuk menulis surat,topap untuk bermesej,dan sebagainya.Bercinta semasa sekolah dipanggil "Cinta Monyet",Cinta Monyet ini takkan berkekalan.Malah,kalau Putus Cinta,ada yang hiris tangan lah,botakkan kepala lah,dan yang lebih teruk skali Bunuh Diri (kot).So,kita perlu belajar,nak cari jodoh masa dah kerja nanti,mungkin kita akan dapat pasangan yang lebih baik dari itu.

2.Bertanya kalau tidak faham
   Kalau masa kita sedang belajar dengan guru tak kiralah belajar dalam kelas biasa ke,kelas Taekwondo ke,Kelas Driving ke,whateverlah.Kita kena bertanya pada guru jika kita tidak faham apa yang dia cakap.Tidak Perlu nak malu - malu jika hendak bertanya sebab,jika kita tidak bertanya,apa gunanya (kecuali kalau dah pro lah) .So,tanya lah pada guru jika kita tidak faham apa yang dia cakap

3.Selalu buat homework
   Kita seharusnya membuat kerja rumah yang guru telah beri,ada sebahagiannya buat,buat kat kelas,malah yang tak buat pon ada.Jangan fikir,jika kita tidak buat homework,cikgu hanya denda jer (macam rotan ker,bediri kat luar ke,whateverlah).Cikgu pon akan kecil hati tau,jika kita tidak buat homework.

4.Hormat Guru
   Kita mesti kena hormat pada guru kita kerana,tugas seorang guru ialah  mendidik kita,bukannya nak menyeksa kita,kalau dia pernah rotan kita tak,piat telinga kita kah,belasah kita ke,jangan sedih,sebenarnya guru ini mahu kita menjadi seorang pelajar yang cemerlang.Kita tidak perlulah,nak hina guru kita ke,jahanamkan harta benda die ka,atau selain daripada tulah.

5.Gunakan masa dalam kelas/rumah
   Jika masa di kelas/rumah,jika ada free time.Kita gunakanlah masa itu untuk mengulang kaji pelajaran ke,belajar ke,tau apa-apa lah.Jangan bazirkan masa kita dengan tengok animelah (saya pon tgk anime jugak...hehehe),dengar lagu techno ke,merempit ke ,Race keta ke ,apa - apa lah.Kalau kita pergi Cyber Cafe pon,gunakanlah nya untuk cari maklumat,belajar,dan sebagainya.Jangan kita pergi CC untuk main game lah,tengok kartun lah,malah yang lebih teruk skali,tengok video lucah.Korang tau tak,kalau kita tengok video lucah,otak atau hati kita akan gelap selama 40 hari.So jangan tengok video lucah,

6.Jaga Permakanan
   Pemakanan pon merupakan faktor kawalan badan kita,jagalah pemakanan kita,gunakan makanan kita itu,sebagai tenaga untuk bekerja ke,belajar ke,driving ke,apa apa lah yang boleh digunakan sebagai tenaga.Jangan makan makanan yang berasid seperti asam ke jeruk ke,ape -apelah.Makanan segera seperti nugget,pizza,maggi,dan apa apalah yang beranekan makanan ringan kerana makanan yang beranekan makanan ringan boleh menyebabkan kita jadi mundur.
  

No comments:

Post a Comment